Salam,
Alhamdulillah, berkat limpah kurnia dan usia yang dilanjutkan dari Allah SWT, kita masih boleh meraikan Tahun 2012. Marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri yang telah kita lakukan di tahun lepas 2011. Dan bersama-samalah kita mendekatkan diri padaNYA dan banyakkan beramal ibadat serta bersyukur dengan nikmat pemberiannya dariNYA.
Bagi saya, tahun 2011 penuh onak duri, suka duka, dugaan dan sebagainya. Dan alhamdulillah berkat kesabaran, sokongan keluarga dan rakan-rakan baik saya mampu menghadapinya bersama anak-anak dan suami. Hanya mereka-mereka yang terdekat merasai betapa saya tertekan.... eeermmmmm !!!
Bak kata orang, jika tiada dugaan & cabaran, tiadalah warna warni dalam kehidupan. Kerna setelah kite berjaya tempuhinya, kita dapat merasakan satu kepuasan diri yang tidak dapat digambarkan.
Sebagai permulaan bagi tahun baru ini, saya berazam untuk meningkatkan taraf kehidupan, mendekatkan diri pada Allah SWT, mengutamakan mase emas utk keluarga, berkerja dengan lebih baik and juga berharap agar MainaCakes terus maju hendakNYA.
Semua ini tak dapat saya laksanakan seorang dan saya memerlukan pertolongan dari insan tersayang juga iaitu En. Suami .. Yuskhairul Nizam B. Yeop. Luv u dear. Walaupun pelbagai onak duri kite tetap sesasi bersama, insyallah hingga hujung nyawa.
Panjang pula saya berjeloteh, pada semua customers dan visitors di MainaCakes, saya ingin mengucapkan,
" HAPPY NEW YEAR 2012.Let us leave behind sadness, regrets and painful moments and have a new start full of joy this new year, AMIN "
Wsalam,
Lieza @ MainaCakes
No comments:
Post a Comment