Salam,
Selepas pengumuman raya, secara rasminya besok 30Aug2011 (Selasa) kita umat Islam akan menyambut hari lebaran yang mulia, maka selamat tinggallah bulan ramadhan yang penuh barakah.Mudah-mudahan kita dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk menemui ramadhan akan datang, insya Allah.
Di kesempatan ini MAINACAKES- LIEZA & FAMILY ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf zahir batin sepanjang perkenalan dan sejak MAINA berblog ini.
Doa kami pada semua agar anda dapat menyambut lebaran dalam keadaan harmoni, ceria bersama keluarga tersayang. Pada rakan-rakan yang pulang ke kampung, berhati-hati semasa memandu, kalau mengantuk sila berhenti di R & R, dan berehat secukupnya. Ingatlah orang tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda semua.
Jom layan sebahagian gambar-gambar kami di hari lebaran yang sempat di upload.
Bole juga tengok di FB .... hehhe ....
Wsalam,
Lieza @ Mainacakes
No comments:
Post a Comment